Thursday, 18 July 2013

Jenis-jenis meter

Jenis Meter

Keempat-empat meter ini adalah meter jenis analog. Secara fizikalnya keempat-empat meter ini kelihatan sama iaitu masing-masing mempunyai garis skala, jarum penunjuk, julat, pangkalan, tombol pelaras julat dan skru pelaras penunjuk.

Meter Ampere - Meter ini digunakan untuk mengukur voltan pada beban. Meter ini disambung secara siri dengan beban. Skala sifar meter ampere terletak pada bahagian kiri panel.


Meter Voltan - Meter ini digunakan untuk mengukur voltan pada beban. Meter voltan disambung secara selari dengan beban. Sebagaimana dengan meter ampere, skala sifar pada meter voltan juga terletak pada bahagian kiri panel.




Meter Ohm - Walaupun meter pelbagai lebih kerap digunakan untuk mengukur rintangan, tetapi meter ohm masih lagi digunakan untuk tujuan yang sama. Meter ohm disambung secara selari dengan beban. Berbeza dengan meter ampere dan meter voltan, kedudukan skala sifar pada meter ohm adalah dibahagian kanan panel.


Meter Galvano - Meter ini digunakan unutk menentukan arah aliran arus beban. Meter galvano disambung secara siri dengan beban. Kedudukan skala sifar pada meter galvano adalah di tengah-tengah.


Lazimnya, bagi memastikan bacaan yang tepat, sebelum pengukuran dijalankan pastikan jarum penunjuk berada di atas garis skala sifar.

Tutorial Etching (PnP Transfer Paper)



           Pada tutorial kali ini saya Shukor dan rakan saya , Hanzalah akan berkongsi tentang proses etching menggunakan 'Press And Peel (PnP) transfer paper' seperti gambar diatas. Terdapat beberapa teknik etching yang boleh dilakukan bagi penyediaan litar pada papan litar bercetak 'Printed Circuit Board (PCB)' seperti proses sinaran UV serta beberapa kaedah lain lagi. Kebanyakan proses penyedian litar yang kami lakukan adalah menggunakan kertas PnP ini.

          Terdapat 2 jenis kertas PnP iaitu 'PnP Wet' dan 'PnP Blue' dan tutorial ini adalah menggunakan kertas 'PnP Blue seperti gambar diatas. Untuk pengetahuan semua kertas PnP ini mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian licin iaitu bahagian atas serta bahagian yg sedikit malap iaitu bahagian bawah. Litar yang akan dicetak pada kertas ini adalah pada bahagian bawah iaitu bahagian yg sedikit malap.

          Satu aspek yang penting dalam penyedian litar menggunakan teknik ini adalah litar yg telah dilukis haruslah dicetak pada kertas ini menggunakan printer yang menggunakan dakwat serbuk iaitu toner seperti printer laserjet yang menggunakan dakwat serbuk atau boleh juga menggunakan mesin photostate bagi menggantikan printer laserjet kerana mesin photostate juga menggunakan dakwat atau toner serbuk. Ini penting kerana apabila proses pemindahan dilakukan, jika kita menggunakan dakwat atau ink basah seperti printer bubble jet, dakwat tadi berkemungkinan akan mengembang apabila proses pemanasan dilakukan serta akan menyebabkan litar yang dihasilkan terputus atau bertindih garisan diantara satu sama lain.

          Kertas PnP ini agak mahal dipasaran Malaysia dan cadangan kami bagi yang ingin menggunakan kertas ini bolehlah dilukis beberapa litar pada sehelai kertas bagi menjimatkan kos. Kertas PnP ini juga boleh digantikan dengan pelapik sticker yang kebanyakannya berwarna putih. Sticker dibuang dan hanya pelapik sahaja yg digunakan dan kos juga agak murah berbanding menggunakan kertas PnP ini tetapi hasilnya kurang bermutu sedikit.

          Sekian sahaja pengenalan dari kami tentang proses etching menggunakan kertas PnP dan proses2 etching adalah seperti dibawah. Diharap tutorial ini dapat memberi manfaat dan panduan untuk semua.Pendapat dan komen amatlah dialukan.

Langkah 1 : (klik gambar untuk zoom)





Litar dilukis menggunakan perisian 'software' mengikut skala yang dikehendaki. Terdapat beberapa jenis software yang boleh digunakan untuk melukis litar seperti 'Express PCB', 'ORCAD', 'PROTEL'dan lain2. Contoh disebelah menggunakan software 'Express PCB'.

Langkah 2: (klik gambar untuk zoom)






Litar yang telah siap dilukis dicetak pada kertas PnP dibahagian bawah yang sedikit malap menggunakan printer Laser Jet atau mesin 'photocopy'.


Langkah 3: (klik gambar untuk zoom)





Litar yang telah siap dicetak pada kertas PnP diletakkan diatas PCB dimana bahagian bercetak pada kertas diletakkan pada PCB dan bahagian lutsinar yang tidak bercetak adalah bahagian yang akan diseterika untuk proses seterusnya.

Langkah 4: (klik gambar untuk zoom)



Kertas PnP yang telah siap diletakkan diatas PCB seterusnya diseterika pada suhu yg agak tinggi atau maksimum. Kertas PnP adalah kertas yg dapat menahan haba pada julat suhu yang agak tinggi. Proses seterika dilakukan 5 hingga 10 minit bergantung pada pemindahan karbon atau toner pada kertas ke PCB. Teruskan seterika jika litar masih lagi berada pada kertas.



Langkah 5: (klik gambar untuk zoom)


Setelah selesai pemindahan litar dari kertas PnP ke PCB, PCB dibiarkan sejuk sebentar sebelum kertas PnP ditanggalkan dari PCB. gambar sebelah menunjukkan pemindahan lengkap garisan litar dari kertas PnP ke PCB. Sebelum proses etching dilakukan hendaklah diperiksa samada terdapat garisan litar yang terputus.Jika terputus, gunakan permanent marker atau marker khusus untuk menyambungkan kembali litar yang terputus.


Langkah 6: (klik gambar untuk zoom)

PCB yang telah siap dilukis tadi dimasukkan kedalam larutan cecair Ferric Chloride (FeCl3) untuk proses etching. Serbuk FeCl3 dicampurkan dengan air suam dan bancuhan bergantung kepada berapa cepat sesebuah litar hendak disiapkan. Jika larutan pekat maka masa yang diambil untuk proses etching adalah singkat.PCB direndam sehingga lapisan silika tertanggal sepenuhnya dan dikeluarkan serta dicuci dengan air bersih.

Langkah 7: (klik gambar untuk zoom)



Setelah dikeluarkan dan dibilas dengan air besih, garisan litar atau karbon yang menutupi lapisan silika ditanggalkan dengan menggunakan larutan thinner. Berbeza dengan proses sinaran UV, lapisan karbon ini boleh ditanggalkan menggunakan larutan 'Developer' dan tidak bagi proses PnP. Setelah selesai PCB sekali lagi dibilas menggunakan air bersih dan dikeringkan,maka selesailah proses etching menggunakan kertas PnP.

Langkah 8: (klik gambar untuk zoom)







Litar yang telah siap di'etching'


Langkah 9: (klik gambar untuk zoom)







Lubang kaki komponen pada PCB digerudi.


Langkah 10: (klik gambar untuk zoom)







PCB yang telah siap ditebuk lubang